Jul 31, 2024 - FASHari ini, Selangor FC akan bertandang di Stadium Temerloh bagi saingan Liga Super 2024/25 ketujuh menentang Sri Pahang FC pada jam 8:15 malam.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, mahu pulang dengan keputusan positif.
“Pertama sekali, kami (Selangor FC) gembira dengan berita tiada seberang kecederaan dan penggantungan. Kita datang sini dengan sikap yang positif dan berusaha untuk keluar daripada Pahang dengan keputusan yang positif pada malam ini,”
“Sri Pahang merupakan antara pasukan elit di Malaysia. Mereka sentiasa berikan ancaman kepada pasukan lawan. Akan tetapi, kita tetap akan fokus dengan hala tuju kelab dan berikan aksi yang terbaik.” Jelas Nidzam Jamil.
Bagi keberadaan pemain, semua pemain bebas daripada kecederaan dan bakal mendapat peluang untuk beraksi pada malam ini.
Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan di Temerloh. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!